Mungkinkah Sathianathan dan Thiago Augusto akan kembali bersatu?

Beberapa hari lalu, pengendali Selangor, B.Sathianathan ada menyatakan betapa dia sangat memerlukan seorang peny3rang tulen yang cukup tajam di depan gol, bagi memperkasa sentuhan barisan depan berikutan ketiadaan Rufino Segovia.

Rufino Segovia yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim lalu dengan 18 gol dan meledak lebih 30 gol dalam semua pertandingan, mengalami keced3raan ketika menentang Kuala Lumpur pada bulan lalu, dan dijangka hanya akan kembali pada Julai.

Menurut laporan Stadium Astro, pemain yang dijangka dibawa masuk Selangor sementara menantikan Rufino kembali adalah Thiago Augusto Fernandes yang pernah bermain di bawah Sathianathan di Felda United, pada 2017 dan 2018.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, “Kami melihat ada beberapa kekurangan Selangor yang perlu diambil berat. Bagaimanapun, keputusan yang dibuat akan berpandukan bajet dan pakej pemain yang ditawarkan. Dalam masa sama, kami cuba mencari penaja untuk menampung kehadiran pemain terbabit.”

Jika benar spekulasi kehadiran Thiago Augusto ke kem Red Giants, sudah tentunya dia adalah jenis pemain yang Sathianathan perlukan kerana sentuhannya sudahpun terbukti malah masing-masing diketahui mempunyai ‘chemistry’ yang cukup baik.

Pada 2017, Thiago Augusto meledak 14 gol dan membantu Felda United kendalian Sathianathan menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga namun pasukan itu disingkirkan ke Liga Premier kerana isu pelesenan kelab.

Kemudiannya pada musim lalu, dia mel3dak 14 gol untuk membantu Felda United menjuarai Liga Premier dan kembali ke Liga Super, namun keputusan pengurusan pasukan itu yang mahu mengurangkan bajet menyebabkan kontraknya tidak disambung.

Sebagai rekod, pemain ini diperkenalkan ke kancah Liga Malaysia pada 2015 dan tidak menunggu lama untuk mencipta sensasi apabila muncul penjaring terbanyak Felda United dengan 13 gol walaupun masuk di pertengahan musim.

Dia juga pernah dipinjamkan ke Kedah pada 2016 yang mana dia mel3dak sembilan gol dalam 16 penampilan selain membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia.

Apakah mungkin Thiago Augusto akan kembali bersatu dengan Sathianathan? Sama-sama kita saksikan apa yang terjadi di jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, yang akan dibuka bermula 2 Mei nanti.

Foto : NSTP

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*