Kedah bakal jalin kerjasama dengan Sagan Tosu FC

Selepas menjalinkan kerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City dan kelab Liga Australia, Perth Glory, kini Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal menjadi kelab pertama di Malaysia yang akan berkerjasama secara rasmi dengan kelab daripada Liga Jepun (J-League).

KFA mengumumkan perkara ini menerusi laman Facebook rasmi mereka hari ini. Dalam siaran tersebut, KFA menyatakan bahawa Presiden KFA, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah J-League, Minoru Takehara yang juga merupakan pemilik kelab J-League iaitu Sagan Tosu dalam siri lawatan ke China dan Jepun.

Perjumpaan bersama Takehara sudah semestinya adalah langkah awal untuk memulakan kerjasama pembangunan bolasepak bersama kelab Sagan Tosu dan KFA telah menerima reaksi positif oleh beliau yang bakal melihat usahasama pertama pasukan bolasepak di Malaysia bersama kelab J-League. Turut menyertai perjumpaan tersebut adalah bekas peny3rang Atletico Madrid yang kini beraksi untuk Sagan Tosu, Fernando Torres.

Dengan kerjasama ini mungkin suatu hari nanti kita akan dapat melihat pertukaran pemain di antara kedua pasukan atau mungkin beberapa pemain Kedah beraksi di Liga Jepun suatu hari nanti. Mungkin juga Fernando Torres beraksi di bahagian serangan Kedah sambil dibantu oleh Baddrol Bakhtiar?

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Kedah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*