Kedah raih 3 ‘away goals’ menentang PKNS FC di Shah Alam

Perlawanan pusingan pertama suku akhir Piala FA 2019 di antara Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) dan Kedah.

Kedah terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-12 menerusi Fernando Rodriguez setelah menerima hantaran cantik daripada Farhan Roslan. Tidak lama kemudian, skuad Helang Merah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan berpunca daripada terjah4n keras Rodney ke atas Jonathan Bauman. Kedah berjaya menggandakan kedudukan selepas sepakan penalti tersebut mudah disempurnakan oleh Bauman pada minit ke-25. Penghujung babak pertama, Jonathan Bauman sekali lagi menambah jaringan buat Kedah hasil hantaran daripada Baddrol Baktiar.

PKNS FC tidak mudah mengalah, meskipun bermain dengan 10 pemain, anak buah K. Rajagobal cuba untuk mendapatkan gol sebagai bekalan ke Alor Setar bagi perlawanan timbal balik kelak. Usaha mereka berjaya apabila tolakan oleh Romel Morales disudahkan dengan cemerlang oleh Gabriel Guerra menewaskan Ifwat Akmal. Kedudukan tidak berubah selepas itu, dan keputusan akhir, PKNS FC 1-3 Kedah,

Berikut adalah 5 perkara yang kami dapati daripada perlawanan  di antara PKNS FC dan Kedah:

#1 PKNS FC beraksi dengan 10 pemain

Minit ke-30 permainan, PKNS FC terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas pertahanan import, Tamirlan Kozubaev dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari Farhan Roslan. Ketika itu, mereka ketinggalan kepada Kedah 2-0 hasil jaringan Fernando Rodriguez dan Jonathan Bauman.

Sejurus itu, pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal melakukan pertukaran dengan memasukkan Tommy Mawat Bada menggantikan Faizat Ghazali untuk menguatkan semula benteng pertahanan. Awal babak kedua pula, Mahali Jasuli masuk menggantikan Mohamad Qayyum.

Pujian harus diberikan kepada anak buah K. Rajagobal di mana pada babak kedua, PKNS FC yang beraksi dengan 10 pemain berani untuk bermain seperti biasa dan melancarkan ser4ngan. Malah, pada satu-satu ketika mereka berjaya menguasai permainan dan melakukan percubaan ke arah gawang yang dikawal Ifwat Akmal.

 

#2 Benteng pertahanan Kedah mantap

Men3ntang Selangor dalam saingan Liga Super, sabtu lalu, Shakir Hamzah tidak dapat diturunkan. Namun men3ntang PKNS FC, khidmat Shakir Hamzah kembali digunakan dan diturunkan bersama Rizal Ghazali, Renan Alves dan Ameer Yusof untuk membentuk barisan bek berempat.

Namun, dalam perlawanan kali ini, gandingan Renan-Shakir sangat cemerlang. Kedua-dua pemain ini berjaya meletakkan Kpah Sherman di dalam poket mereka berdua dan membuatkan peny3rang Liberia ini buntu untuk melepasi benteng pertahanan Kedah.

Bagaimanapun, Kedah berputih mata untuk mencatatkan ‘clean sheet’ setelah kelalaian mereka pada minit ke-64 dihukvm oleh Gabriel Guerra untuk memberikan gol tunggal PKNS FC dalam perlawanan ini.

 

#3 Jonathan Bauman cemerlang di Shah Alam

Pemain berjersi No.10 Kedah, beraksi cemerlang pada malam ini di Stadium Shah Alam. Beliau menjaringkan dua gol pada babak pertama. Satu daripadanya berpunca daripada sepakan penalti. Kredit diberikan kepada beliau kerana sepakan penalti itu berpunca daripada gerakan beliau ke dalam kotak penalti sebelum diterj4h oleh Rodney. Manakala, gol kedua pula hasil ‘tap in’ di hadapan gawang hasil umpanan cantik oleh Baddrol Bakhtiar.

Selain daripada dua gol tersebut, beliau turut memainkan peranan sebagai peny3rang kedua dengan berkesan. Sentiasa memerhatikan rakan sepasukan di bahagian ‘half space’ dan sayap untuk dilorongkan bola.

 

#4 Kedah kurang menyengat babak kedua

Setelah mendahului 3-0 di babak pertama, Kedah memasuki babak kedua dengan aksi yang kurang memberangsangkan berbanding separuh masa pertama. Malah, mereka turut lalai seketika dan kelalaian tersebut dihukum oleh PKNS FC menerusi Gabriel Guerra. Malah, PKNS FC juga dilihat banyak menguasai permainan padahal skuad Semut Merah hanya beraksi dengan 10 pemain.

Tidak pasti, adakah mereka sudah berpuas hati dengan 3 gol pada babak pertama ataupun sememangnya mengambil mudah cabaran lawan yang hanya bermain dengan 10 orang.

 

#5 Tugas berat menanti PKNS FC di Alor Setar

Tamat perlawanan, PKNS FC 1-3 Kedah FA. Keputusan perlawanan pusingan pertama ini bermakna PKNS FC sekadar membawa bekal satu gol sahaja ke Alor Setar untuk perlawanan timbal balik, kelak. Manakala Kedah pula memiliki tiga gol di tempat lawan.

Kita sedia maklum, bukan mudah untuk menewaskan Kedah di Stadium Darul Aman. Apatah lagi untuk memastikan kemenangan 3-0 di sana. Bagaimanapun, saingan Piala FA ini ada keunikannya tersendiri. Mungkin PKNS FC mampu bangkit. Bukan satu tugas mudah namun tidak mustahil!

 

Foto Kredit: Kedah FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*