Countinho ‘pecah lubang’ Liverpool

LONDON – Pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho memberi am4ran kepada rakan sepasukan agar memanfaatkan beraksi di laman sendiri apabila bertemu Liverpool dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, sebelum berlepas ke Anfield.

Skuad Catalans bakal melayani kunjungan skuad bimbingan Jurgen Klopp di Camp Nou hari ini (esok pukul 3 pagi waktu Malaysia) dan akan bertandang ke Anfield dalam aksi timbal balik Rabu depan.

Coutinho berkhidmat selama lima musim di Liverpool sebelum berhijrah ke Barcelona dengan nilai perpindahan 140 juta pound (RM756 juta) pada Januari tahun lalu.

Pengalamannya selama lima musim di Anfield sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Countinho, dengan pemain kebangsaan Brazil itu melaungkan am4ran kepada rakan sepasukannya agar berhati-hati terhadap ‘suasana’ di laman keramat Liverpool itu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara pertama saya dan saya mahu melaksanakan tugas dengan baik.

“Pulang semula ke Anfield adalah sangat istimewa bagi saya kerana saya sangat gembira bersama Liverpool.

“Liga Juara-Juara adalah objektif terbesar saya dan kami perlu memiliki mentaliti yang kuat untuk mengharungi perlawanan seperti ini.

“Liverpool merupakan salah sebuah pasukan yang memiliki mentaliti kuat, terutama di laman sendiri. Mereka juga mempunyai s3rangan dan pertahanan yang hebat. Jadi kami semua perlu berhati-hati.

“Mereka bukan sekadar mempunyai s3rangan hebat, malah mempunyai sokongan yang kuat di Anfield menerusi suasana mengagumkan,” kata Coutinho.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Agensi via UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*