Rajagobal anggap layangan kad merah ke atas Tamirlan sebagai pelik

KETUA Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal menganggap layangan kad merah ke atas pemain pertahanannya, Tamirlan Kozubaev dalam aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Kedah di Stadium Shah Alam semalam sebagai pelik.

Rajagobal berkata, beliau tidak mempertikai keputusan pengadil dalam perlawanan itu namun hanya menyifatkan situasi yang berlaku ketika itu sama sekali tidak berb4haya untuk menerima layangan kad merah secara terus (direct red card).

“Pandangan saya, situasi itu berlaku di mana? Ia berlaku di kawasan Kedah dan bukannya di bahagian kita ketika Kedah mahu menyer4ng. Ia tidak bah4ya langsung.

“Kalau itu (kekas4aran) berlaku di tempat kita, itu mungkin adil. Tapi kena lihat situasi juga, sama ada wajar kad merah atau hanya kad kuning.

“Saya tahu, Tamirlan tidak ada niat lain, cuma dia mahu merampas bola sahaja. Tetapi disebabkan Farhan (Roslan) rendah, nampak seperti Tamirlan mengas4rinya dengan tervk,” katanya.

Tamirlan dibuang padang pada minit ke-30 yang mana ketika itu PKNS FC ketika itu sedang ketinggalan 0-2 hasil jaringan Fernando Rodriguez pada minit ke-12 dan Jonathan Bauman pada minit ke-25.

Rajagobal berkata, meskipun ketinggalan dua gol pada ketika itu, beliau masih mempunyai keyakinan pemainnya mampu bangkit, namun layangan kad merah itu sedikit menjejaskan kebangkitan mereka apabila Kedah menambah satu lagi gol daripada Bauman di lewat babak pertama untuk selesa mendahului 3-0 sebelum turun rehat.

Bagaimanapun, Rajagobal gembira kerana pemainnya berusaha untuk bangkit di babak kedua dan berjaya mendapatkan satu gol daripada Gabriel Guerra meskipun bermain dengan 10 pemain.

“Boleh lihat di babak kedua kita mendominasi permainan dan dapat satu gol. Kita lakukan ser4ngan demi ser4ngan selepas itu untuk mencari gol kedua meskipun tanpa seorang pemain. Dalam aspek itu saya sangat berpuas hati.

“Ketika rehat babak pertama saya beritahu pemain untuk tunjukkan semangat luar biasa dan buktikan bahawa kita mampu bangkit walaupun ketinggalan 0-3.

“Saya minta pemain untuk tunjukkan bahawa babak pertama itu bukanlah permainan biasa PKNS dan mahu mereka tunjukkan semangat luar biasa dan mungkin itu menjadi motivasi buat pemain melakukan kebangkitan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*