O’Shea bakal bersara tak lama lagi

LONDON 1 Mei – Bekas pertahanan Manchester United dan Republik Ireland, John O’Shea akan bersara pada penghujung musim ini dan perkara itu disahkan kelabnya, Reading.

O’Shea yang merangkul lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris semasa berada di Old Trafford mengumukan perkara itu semasa sambutan hari lahirnya yang ke-38.

Bekas pemain The Red Devils itu juga pernah menjulang trofi Piala FA dan dua Piala EFL selain menjadi sebahagian daripada pasukan Sir Alex Ferguson yang menjuarai Liga Juara-Juara pada musim 2007-08.

O’Shea meninggalkan United pada 2011 untuk menyertai Sunderland di bawah kendalian Steve Bruce dan menghabiskan tujuh musim bersama kelab itu sebelum menyertai Reading tahun lalu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*