Okazaki cari kelab baharu

LONDON – Shinji Okazaki mengesahkan dia akan meninggalkan Leicester selepas kontraknya tamat hujung musim ini dengan dia sedang mencari kelab yang membolehkan dia bermain sebagai peny3rang.

Pemain berusia 33 tahun itu hanya membuat satu penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan dia gagal menyertai Huddersfield pada awal tahun ini.

Selepas memainkan peranan penting ketika The Foxes menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam musim pertamanya di Stadium King Power dengan menjaringkan lima gol dalam 36 penampilan namun Okazaki kemudiannya gagal mendapatkan tempat untuk bermain secara tetap.

Pemain Jepun itu mengakui sangat kece3wa kerana terpaksa bermain di bahagian bukan kegemarannya.

“Semasa sambutan hari lahir ke-30 kami sedang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Itu adalah musim pertama saya bersama Leicester.

“Walaupun saya adalah peny3rang tetapi saya bermain lebih seperti pemain tengah. Jelas sekali saya bukan peny3rang di Leicester.

“Saya dilihat sebagai pemain tengah. Saya kemudiannya merasakan saya tidak layak bermain di bahagian tengah kerana pemain profesional lain memiliki kemahiran yang sangat tinggi berbanding saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :-AGENSI via Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*