Jaringan tunggal Van de Beek julang Ajax

LONDON: Ajax Amsterdam mendekati final Liga Juara-Juara pertama dalam tempoh 23 tahun dengan gol tunggal Donny van de Beek menghadiahkan kemenangan 1-0 terhadap Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi tadi.

Ajax yang dibarisi ramai pemain muda dan digilap daripada akademi pasukan tampak terlalu bertenaga buat Spurs yang mengharungi aksi separuh akhir pertama di pentas Eropah dalam tempoh 57 tahun dan memberikan mereka kesukaran sepanjang 25 minit permainan.

Dominasi yang ditampilkan kelab Belanda itu di awal permainan memberi petunjuk mereka bersedia untuk mengesahkan tempat di final tetapi hanya satu gol dapat dijaringkan menerusi Van De Beek pada minit ke-15.

PEMAIN Ajax, Nicolas Tagliafico (kanan) mengasak peny3rang Tottenham, Lucas Moura pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Tottenham Hotspur. – Foto EPA

Tottenham jelas terasa kehilangan dua peny3rangnya, Harry Kane dan Son Heung-min yang masing-masing mengalami keceder4an dan penggantungan apabila hanya mampu melakukan satu cubaan ke gawang.

Pelawat memperoleh peluang untuk menggandakan kelebihan tetapi rembatan David Neres sekadar menggegar palang pada lewat perlawanan sekali gus menyelamatkan skuad kendalian Mauricio Pochettino daripada dilanda bencana.

Begitupun, Tottenham akan pergi ke Amsterdam dengan penuh harapan sekali pun hanya berdasarkan rekod, hanya satu kelab berjaya mengatasi defisit kekalahan aksi pertama separuh akhir di gelanggang sendiri dan mara ke final.

“Gol di tempat lawan amat penting. Mal4ngnya rembatan Neres tidak berjaya. Jika ia masuk, ia pasti akan menjadi lebih baik,” kata kapten Ajax, Matthijs de Ligt.

“Tetapi kami boleh berpuas hati dengan keputusan 1-0. Ia pertarungan yang sukar tetapi mal4ngnya kami tidak begitu tajam pada malam ini.”

Christian Eriksen, yang menjadi salah seorang daripada empat bekas pemain Ajax beraksi untuk Tottenham mengakui persembahan pasukannya longlai.

“Kami beraksi di bawah tahap sebenar, kami langsung tidak menampilkan permainan terbaik kami. Pada 20 minit pertama, kami hanya melihat bola. Kami perlukan perubahan yang banyak bagi perlawanan minggu depan.

“Kami juga bertuah apabila mereka menggegar palang dan berharap kami dapat mengubah situasi di Amsterdam,” kata Eriksen.

VIDEO:

Kredit Video: Goal

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*