JDT selesa lima mata di puncak liga tatkala Pahang alami kejutan di Petaling Jaya

Pendahulu Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) semakin selesa memimpin carta Liga Super apabila melebarkan kelebihan di tangga teratas kepada lima mata setelah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak Jengka.

Diogo Luis Santo meletakkan harimau selatan di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 sebelum dia sekali lagi meledak menerusi rembatan dari dalam kotak penalti pada minit ke-61 untuk melengkapkan kemenangan buat JDT.

Kemenangan kesembilan itu menyaksikan skuad Benjamin Mora mengumpul 30 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat Pahang yang mengalami kekalahan mengejut kepada Petaling Jaya City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Meskipun sedar tidak boleh lagi melakukan kesilapan jika mahu terus menghimpit JDT, Pahang gagal menterjemahkan perwatakan yang diharapkan sebaliknya PJ City bimbingan K.Devan tampil cemerlang untuk melakar kemenangan ketiga mereka musim ini.

Tandukan pemain import baru, Pedro Henrique Cortes pada minit ke-30 serta penyudah Serginho pada minit ke-56 memastikan tok gajah mengg1git jari dan sekaligus menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan.

Kekalahan bagaimanapun menyaksikan Pahang kekal di tangga kedua dengan 25 mata manakala PJ City pula melonjak ke tangga kesembilan dengan mengumpul 11 mata.

Dalam aksi di Manjung, PKNP FC dan Terengganu FC berkongsi mata setelah mencatat keputusan seri 2-2.

Tuan rumah mendahului pada minit ke-21 menerusi Amani Aguinaldo yang menanduk masuk sepakan percuma Amani Aguinado namun TFC bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi sepakan percuma cantik Kipre Tchetche – gol keenam peribadinya dalam lima perlawanan terakhir.

PKNP bagaimanapun kembali di depan tiga minit kemudian menerusi sentuhan Thomas Abbey namun jaringan cantik jarak jauh oleh Shanjar Shaakmedov memastikan satu mata buat TFC.

Selangor pula terlepas peluang untuk kembali ke kelompok tiga teratas apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang Melaka United di Shah Alam. Syahmi Safari meletakkan skuad Red Giants mendahului di separuh masa pertama, tetapi Patrick Reichelt meledak jaringan kelima peribadinya musim ini untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Foto : MFL, Johor Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*