Penalti jadi punca Fighters tewas – Sukan Sinar

PENGENDALI Felda United, Mohd Nidzam Jamil menyifatkan kekalahan 0-2 skuad kendaliannya di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri kelmarin berpunca daripada kesilapan sendiri.

Skuad The Fighters yang pada awalnya selesa bertahan dari awal perlawanan bagaimanapun dihvkum apabila pengadil menghadiahkan penalti selepas Corbin Ong dikasari pemain pertahanan Felda United, Thiago Aquino.

Mohd Nidzam menganggap kesilapan itu sebagai punca perancangan pasukannya gagal.

“Saya rasa penyumbangnya adalah penalti yang tidak sepatutnya kita bagi. Sebab kalau kita main dengan kelab macam JDT, kita tidak boleh bagi penalti yang naif, penalti itu agak naif.

“Saya bersetuju pengadil memberikan penalti tetapi mungkin kita boleh memperbaiki daripada kesilapan tersebut.

“Saya perlu katakan bahawa kami kena kurangkan kesilapan-kesilapan kecil seperti memberi penalti, lambat setengah meter untuk bertahan sebab ini Liga Super,” katanya

Mengulas perancangan taktikalnya yang lebih banyak berkampung di kawasan sendiri dan menantikan ser4ngan balas, Mohd Nidzam berkata ia bukan satu kes4lahan memandangkan corak permainan sebegitu perlu ketika berdepan pasukan bertaraf ‘gergasi Asia’.

“Sebab mereka JDT, gergasi Asia saya boleh katakan, mereka kelab besar. Kita banyak pemain-pemain yang tiada pengalaman dan baru bermain tetapi cuba untuk beri saingan.

“Ada beberapa kali kita tukar taktik, dan bermain lebih terbuka tetapi kita tidak boleh terlalu terbuka menentang mereka sebab akhirnya mereka hukum kita dengan satu lagi gol,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*