Klopp serah pada nasib

NEWCASTLE, United Kingdom: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp percaya tiada apa lagi yang mampu dilakukan pasukannya untuk menamatkan penantian 29 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas gol lewat permainan Divock Origi menghadiahkan kemenangan 3-2 di Newcastle yang menyaksikan Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan akibat hent4kan di kepala.

Salah diusung keluar ketika permainan berbaki 20 minit dan diragui dapat beraksi pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Selasa ini menentang Barcelona, manakala Klopp mengesahkan Roberto Firmino terlepas aksi timbal balik bertemu juara Sepanyol itu di Anfield.

“Kita tunggu dan lihat. Dia (Salah) terkena hent4kan di kepala. Dia menonton perlawanan dari bilik persalinan, dia nampak baik tetapi kami perlu melakukan pemeriksaan,” kata Klopp.

Mengatasi defisit 3-0 perlawanan pertama di Barcelona tampak seperti misi mustahil buat Liverpool yang masih berpeluang memburv kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun pesaingnya, Manchester City mempunyai baki dua perlawanan berbanding satu untuk Liverpool yang kini mendahului dengan kelebihan dua mata.

“Kami sudah melakukan apa yang termampu dari awal lagi. Sama ada menjadi juara atau tidak ia bergantung kepada nasib kerana tiada apa lagi yang boleh kami lakukan,” katanya.

Sepakan sudut Trent Alexander-Arnold menemui Virgil van Dijk yang meled4k gol kelimanya musim ini.

Namun Newcastle kembali menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian menerusi Christian Atsu. Salah bagaimanapun kembali meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, Newcastle mengejutkan anak buah Klopp menerusi jaringan minit ke-54 Salomon Rondon sebelum Origi memastikan kemenangan ketika permainan berbaki empat minit.

“Saya amat bangga dan gembira kerana kami memberikan saingan sengit, tetapi saya mahu melakukan lebih lagi,” kata pengendali Newcastle Rafa Benitez yang sudah empat musim bersama kelab itu.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*