Brighton buat keputusan svkar pecat Hughton

LONDON – Brighton memecat pengurus, Chris Hughton, hari ini, yang disifatkan pengerusi kelab, Tony Bloom sebagai satu keputusan yang sangat svkar terpaksa dibuatnya.

Hughton terpaksa meninggalkan Brighton, walaupun dia berjaya membawa skuad bimbingannya ke separuh akhir Piala FA dan mengekalkan status kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris buat kali kedua berturut-turut.

Keputusan tersebut mungkin mengejutkan pengendali berusia 60 tahun itu, yang menyuarakan hasrat untuk melihat para pemainnya bangkit daripada kekalahan 1-4 kepada Manchester City, semalam, dan sekali lagi mencatat persembahan menghampakan sepanjang kempen ini.

Bagimanapun, aksi hambar pasukan itu terutama pada separuh kedua musim yang menyaksikan Brighton berada dalam zon penyiingkiran, memaksa Bloom membuat keputusan tersebut.

“Tidak dinafikan, ini keputusan paling sukar terpaksa saya buat selaku pengerusi Brighton & Hove Albion. Keputusan ini dilakukan kerana kami bergelut sewaktu separuh kedua musim. Pencapaian kami dengan 3 kemenangan daripada 23 perlawanan Liga Perdana telah meletakkan status kami berada dalam risik0.

“Disebabkan faktor itu, dan persembahan pasukan sepanjang tempoh tersebut, saya berasakan sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan,” kata Bloom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab tersebut.

Hughton, sebelum ini pernah menguruskan Newcastle, Norwich dan Birmingham menggantikan Sami Hyypia pada Disember 2014, dengan Brighton hanya berada satu anak tangga daripada zon penyingkiran Liga Kejuaraan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*