Jawatankuasa UEFA cadang gantvng Man City

NEW YORK: Pemantau kewangan bola sepak Eropah mencadangkan juara Liga Perdana Inggeris Manchester City dilar4ng menyertai Liga Juara-Juara.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA dan Liga Perdana melancarkan siasatan tahun ini selepas majalah Jerman Der Spiegel mendakw4 kelab itu melanggar peraturan Fair Play Kewangan.

Panel siasatan lembaga kawalan kewangan UEFA, yang ditubuhkan untuk meneliti akaun kelab-kelab yang disyak1 melanggar peraturan berkenaan, bermesyuarat di Switzerland dua minggu lalu bagi mendapatkan keputusan.

Ketua jawatankuasa siasatan, bekas perdana menteri Belgium Yves Leterme, akan memutuskan berkenaan penyerahan kepada dewan perbicaraan berasingan, yang mungkin akan dilakukan seawal minggu ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sekiranya didapati bersal4h, penggantungan akan bermula musim depan atau pada kempen 2020-21.

Manchester City juga mempunyai hak untuk membuat rayvan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Manchester City sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang s4lah l4ku dalam perbelanjaan mereka, dan Mac lalu mengalu-alukan siasatan UEFA untuk membersihkan nama mereka.

City, pernah didend4 60 juta euro (RM280.7 juta) dan dihadkan perbelanjaan ke atas skuad dan gaji pemain pada tahun 2014 selepas mel4nggar peraturan berkenaan.

Bagaimanapun juara Inggeris itu mendakwa laporan oleh majalah itu adalah percubaan untuk merosakkan reputasi mereka.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*