Klopp tetap bangga dengan Liverpool

KEMENANGAN 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak cukup untuk membantu Liverpool menjulang trofi itu apabila seteru terdekatnya Manchester City turut menang aksi terakhir.

Meskipun mencatat 30 kemenangan, tujuh seri dan hanya sekali tewas, Liverpool menjadi satu-satunya pasukan EPL yang gagal bergelar juara dengan kutipan 97 mata.

Namun, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak memandang perkara itu dari sudut negat1f sebaliknya menyifatkan skuad yang dimilikinya tetap membanggakan dan telah menunjukkan satu peningkatan cukup ketara berbanding musim lalu.

“Ramai orang meng3jek bahawa kami sudah tidak menjuarai liga sejak 30 tahun. Tapi itu tidak langsung memberi kesan kepada kami. Kami akan tetap berjuang dan berjuang.

“Saya tahu musim ini kami sudah mencuba sedaya upaya dan bagi saya semua yang terlibat sudah melakukan dengan cukup hebat. 97 mata itu hebat, tapi ia tidak cukup untuk kami muncul juara. Tapi tiada ma4lah.

“Bagi saya pencapaian yang ada ini selain layak ke final Liga Juara-juara Eropah sudah cukup indah. Ini merupakan satu skuad terbaik yang pernah dimiliki Liverpool, itu saya yakin,” katanya.

Tambah Klopp, pasukannya turut akur tewas kepada pasukan yang lebih hebat terutama dari sudut kualiti dan kekuatan kewangan.

“City melalui musim yang hebat, begitu juga kami. Tetapi bezanya mereka adalah pemenang. Tahniah untuk Guardiola dan City.

“Perlu diakui bukan mudah untuk pasukan lain menandingi City dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka ada kualiti dan sumber kewangan yang kuat. Itu sangat jelas.

“Untuk itu, kami perlu jadi lebih sempurna jika mahu menjuarai liga. Kami telah membuat satu langkah besar dan hampir sampai ke tahap mereka. Bezanya hanya satu mata. Tapi kami belum berputus asa dan akan kembali 100 peratus musim depan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*