Saya tidak tahu bagaimana keputusan dibuat – Emery

LONDON – Pengendali Arsenal, Unai Emery mempersoalkan keputusan UEFA untuk mengadakan aksi final Liga Europa melibatkan The Gunners dan Chelsea di Baku, hujung bulan ini.

Emery yang pernah merangkul tiga kejuaraan itu bersama Sevilla akan membawa pasukannya ke ibu negara Azerbaijan itu bagi meraih kejuaraan itu sekali lagi bagi memastikan Arsenal meraih slot Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Mengulas mengenai perkara itu, dia menyifatkan perkara itu tidak ideal kerana kedua-dua kelab perlu menempuh perjalanan sejauh 4,828km.

“Saya tidak tahu bagaimana keputusan ini dibuat untuk bermain daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

“Saya pernah beraksi menentang Barcelona dalam aksi Super Cup 2015 di Tbilisi, perkara yang sama seperti ini. Penyokong akan berhadapan mas4lah, saya lebih suka untuk bermain berhampiran England kerana kedua-duanya adalah kelab Inggeris dan ia memudahkan penyokong.

“Kami beraksi di Switzerland menentang Liverpool bersama Sevilla pada 2016, stadium penuh dengan penyokong tetapi saya masih tidak tahu macam mana mereka memutuskan untuk bermain di sana.

“Hanya akan ada 6,000 penyokong kami dan Chelsea sedangkan kapasiti stadium adalah 70,000 penonton, jadi saya fikir ia akan dipenuhi dengan penyokong selain Arsenal dan Chelsea,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Agensi via Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*