Bale bakal kembali ke pangkuan Spurs tapi bersyarat

LONDON – Tottenham dilaporkan menerima tawaran untuk membawa masuk semula Gareth Bale secara pinjaman dari Real Madrid.

Bale meninggalkan Spurs pada 2013 apabila Real menjadikan dia pemain bola sepak termahal di dunia pada waktu itu dengan kos perpindahan sebanyak 86 juta pound (RM 464 juta).

Penyer4ng Wales itu menerima tawaran kontrak yang lumayan di Bernabeu bagaimanapun di mata jurulatih Zinedine Zidane dia tidak mempunyai nilai.

Menurut media tempatan, The Sung, Bale memperoleh 600,000 pund (RM32 juta) seminggu namun Real membenarkan dia meninggalkan kelab secara pinjaman jika ada kelab bersetuju untuk membayar 250,000 pound (RM1.3 juta) untuk gaji pemain berusia 29 tahun itu ditambah 10 juta (RM54 juta) bagi kos yuran perpindahan.

Tottenham bersedia untuk membawa masuk Bale selepas dia meledak 21 gol liga dalam musim terakhirnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum berlepas ke Sepanyol.

Bagaimanapun mustahil untuk Spurs membawa masuk Bale secara tetap tanpa melakukan penstrukturan semula terhadap gajinya dan itu bermakna dia hanya kembali ke Tottenham secara pinjaman sahaja.

Bale mempunyai kontrak bersama Real hingga 2022 namun masa depannya di Bernabeu dikatakan samar-samar berdasarkan prestasinya malah dia juga sering di3jek oleh peminat sendiri pada musim ini.

Lyon turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Bale secara pinjaman.

Bale pernah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali bersama Real serta satu La Liga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via  Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*