200 juta pound untuk empat pemain baharu City

LONDON – Pep Guardiola mensasarkan empat pemain baharu yang akan dibawa masuk bagi memastikan Manchester City kekal relevan dalam perebutan kejuaraan pada musim depan dengan memperuntukkan 200 juta pound (RM1.1 blion).

Jurulatih dari Sepanyol itu mahu membawa muka baharu ke dalam skuadnya dengan seorang di pertahanan, dua di tengah dan ser4ngan.

Pemain tengah Atletico Madrid, Rodri menjadi burvan Guardiola bagi menggantikan Fernandinho yang akan menginjak 34 tahun pada bulan ini.

Pengarah sukan, Txiki Begiristain membuat pemeriksaan terhadap Rodri secara peribadi pada baru-baru ini dan klausa pelepasan bagi pemain berusia 22 tahun itu bernilai 60 juta pound (RM324 juta).

Penyer4ng Frankfurt, Luka Jovic turut berada dalam radar City selain pemain muda Benfica, Joao Felix yang berusia 19 tahun.

Jovic dianggarkan bernilai sekitar 50 juta pound (RM270 juta) dan menjadi burvan dalam kalangan kelab besar di liga utama Eropah termasuk Real Madrid namun Frankfurt dijangka menolak tawaran tersebut memandangkan mereka layak beraksi di pentas Eropah.

Difahamkan, City membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat mereka mendapatkan pertahanan kiri Leicester, Ben Chilwell apabila mahu mencari pertahanan tengah yang baharu.

City turut berminat untuk membawa masuk Matthijs de Ligt dari Ajax namun Guardiola mengakui dia terpaksa bersaing untuk mendapatkan pemain yang turut menjadi sasaran Barcelona.

Guardiola turut berminat terhadap pemain tengah The Foxes, Harry Maguire sekiranya Ilkay Gundogan meninggalkan pasukan.

Nicolas Otamendi, Fabian Delph dan Eliaquim Mangala antara pemain yang bakal meninggalkan City. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Agensi via  Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*