Flavio, Kelantan ‘berpisah’

KOTA BHARU – Perancang tengah kelahiran Brazil, Flavio Beck Junior sah bercera1 dengan Kelantan apabila berkelana ke Indonesia bagi menyarung jersi Kelab dalam saingan Liga 1 negara berkenaan.

Berita tersebut diumumkan oleh Flavio menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I m very happy to come back to indonesia 🇮🇩 again, this time play for @bhayangkarafc.i want to say thanks for my EX team @kelantanfa.official my teammates and wish all the best. AYO BHAYANGKARA photo by @sharpan_vektor thanks 🙏

A post shared by F L A V I O B E C K J R. (@flaviobeckjunior) on

Tanpa berselindung, Flavio mendedahkan dia cukup teruja dapat kembali semula beraksi di Indonesia.

Flavio berkata, ini merupakan kali kedua dia kembali semula ke Indonesia.

“Sebelum ini, saya pernah beraksi untuk Borneo FC musim pada 2016/2017.

“Namun kali ini menyertai saya kembali menyertai kelab Bhayangkara FC,” katanya.

Flavio memberitahu, dia berterima kasih kepada bekas rakan-rakan di The Red Warriors (TRW).

Katanya, dia turut mendoakan semoga TRW terus cemerlang pada masa hadapan.

Flavio meninggalkan TRW dengan persetujuan bersama selepas pasukan itu mengalami masalah kewangan yang kronik.

Perancangan tengah yang memakai jersi nombor tujuh itu muncul sebagai penjaring terbanyak TRW musim ini dengan empat gol.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*