Penyokong-penyokong Man United mula ‘berbunyi’ minta pecat Solskjaer

PENYOKONG -penyokong Manchester United mula ‘berbunyi’ menyalahkan Ole Gunnar Solskjaer selepas dimalvkan Cardiff City.

United tewas 2-0 kepada Cardiff pada perlawanan akhir liga musim ini yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga ke-6 musim ini.

Pada awal ketibaan Solskjaer tiba di Old Trafford menggantikan Jose Mourinho, rata-rata penyokong amat mengharapkannya untuk memimpin skuad apabila meraih kemenangan berturut-turut.

Namun selepas itu, prestasi The Red Devils mula hambar dan hanya mengutip satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir liga.

 

 

Antara luahan penyokong-penyokong United di laman Twitter.

Situasi itu menjadikan penyokong-penyokong United mula mempersoalkan kewibawaan pengurus itu untuk terus membimbing skuad.

Salah seorang penyokong menerusi akaun Twitter @JoeSillett berkata: “Mana-mana kelab selain daripada Manchester United akan memecat Ole Gunnar Solskjaer malam ini. Ini memalvkan. Pemilik perlu menjualnya. Ia adalah pengakhiran jalan.”

Satu lagi penyokong @DeonPillay7 menulis: “Pecat Ole Sunnar Solskjaer secepat mungkin dan dapatkan pengurus yang mempuyai fikiran menyer4ng, itu adalah cara bola sepak menyer4ng.” –Dailymail.co.uk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*