‘Chelsea perlu menghormati permintaan Hazard’

LONDON: Chelsea harus menghormati permintaan Eden Hazard jika bintang Belgium itu mahu meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini, kata legenda Blues, Frank Lampard.

Berakhir saingan liga domestik musim ini, spekvlasi membabitkan pemain berusia 28 tahun itu ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid kian meningkat.

Hazard tidak menyembunyikan hasratnya untuk menyertai Real dan mengakui antara sebab dia mahu menyarung jersi gergasi Galaticos itu adalah untuk merangkul anugerah berprestij Ballon d’Or.

Sekali pun Chelsea berkemungkinan dikenakan hukvman penggantungan pembelian pemain selama dua tahun, Lampard berkata tiada alasan kelab itu tidak melepaskan Hazard atas khidmat yang dilakukannya selama tujuh tahun menyarung jersi pasukan berkenaan.

“Saya  pasti akan berkata selama tujuh tahun Eden Hazard berada di Chelsea, dia sudah meningkatkan dirinya menjadi salah seorang pemain terhebat dalam sejarah kelab, tanpa ada keraguan, dari sudut apa yang dilakukannya di atas padang,” kata Lampard.

“Sesuatu yang menyak1tkan bagi Liga Perdana dan untuk Chelsea jika kehilangannya. Tetapi kita perlu faham keinginan individu dan hasrat mereka di atas padang dan apa yang mereka mahu lakukan.

“Saya sendiri tidak tahu (sama ada Hazard akan pergi). Tanda-tandanya adalah dia mungkin akan pergi, ia nampak seperti itu dan sama ada kelab boleh bersetuju dan adakah itu yang pemain mahukan.

“Saya mengenali Eden dan saya menggemarinya dan saya akan bersetuju dengan apa yang dia mahu lakukan.”

Hazard yang kontraknya memasuki tempoh 12 bulan terakhir bersama Chelsea sudah melakukan lebih 350 penampilan dan menyumbat 108 gol selain membantu kelab memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala Liga, Piala FA dan trofi Liga Europa.

Penampilan di final Liga Europa menentang Arsenal di Baku mungkin menjadi aksi terakhirnya bersama Chelsea yang dijadual 29 Mei ini.

 

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*