Gracia cuba sekat impian Guardiola

MANCHESTER, England: Pep Guardiola sedang mensasarkan untuk menjadi pengurus pertama menang tiga kejuaraan domestik England apabila pasukannya Manchester City berdepan Watford pada final Piala FA awal pagi Ahad ini namun rakan senegara dari Sepanyol akan menjadi penghalang.

Pengurus Watford, Javi Gracia mungkin tidak memiliki reputasi seperti Guardiola tetapi dia menampilkan kehebatan musim ini dengan mengemudi Hornets ke kedudukan baik, tangga ke-11 Liga dan final kedua Piala FA buat kelab itu.

Gracia bermain buat Athletic Bilbao dan Real Sociedad ketika Guardiola adalah pemain Barcelona dan sama seperti bos City itu, dia juga adalah pemain tengah bertahan.

Namun ketika Guardiola memulakan karier jurulatih bersama Barca, Garcia bekerja dengan kelab Sepanyol kurang dikenali sebelum berhijrah ke England selepas bertugas dengan kelab Russia, Rubin Kazan.

Pengendali berusia 49 tahun itu tidak menyembunyikan hakikat dia mengagumi Guardiola, yang Ahad lalu berjaya menang gelaran Liga Perdana buat kali kedua berturut-turut.

“Benar Pep adalah yang terbaik dalam Liga Perdana. Dia pengurus yang sangat bagus dan kami ada hubungan yang bagus. Saya tidak banyak bercakap dengannya tetapi kami ada hubungan yang bagus,” katanya.

City menewaskan Watford dalam dua pertemuan liga, 2-1 di Vicarage Road pada Disember dan 3-1 di Etihad, namun Gracia percaya pasukannya sudah menampilkan yang terbaik dalam perlawanan itu dan berharap mereka boleh melakukan kejutan di Wembley.

“Kami tewas kedua-dua perlawan4n tetapi saya rasa kami menunjukkan bahawa kami boleh menewaskan mereka. Kami bersaing dengan baik dalam kedua-dua perlawanan dalam keadaan yang berbeza,” katanya.

“Pada perlawan4n pertama kami tewas 2-1 tetapi bertarvng hingga penamat dan ada peluang pada penghujung. Pada perlawanan kedua kami bertahan dengan kelebihan hingga babak kedua dan kemudian mereka menjaringkan gol daripada posisi ofsaid dan perlawanan berubah. 

“Saya rasa ia boleh dilakukan,” kata Gracia dengan Watford hanya pernah beraksi pada final Piala FA 35 tahun lalu ketika mereka tewas 2-0 kepada Everton. 

City pula melakukan penampilan ke-11 dan menang lima kali, terbaharu pada 2011.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*