‘Kami berhak menang’ – Jurulatih Pulau Pinang

KETUA Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid menyifatkan Harimau Kumbang berhak meraih tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor malam tadi.

Ujarnya, pemain berjuang memburv kemenangan kedua pada pusingan kedua dan berjaya melakukannya walaupun mendapat sa1ngan seng1t dari tuan rumah.

“Alhamdulillah kemenangan kedua untuk pusingan kedua, tahniah kepada pemain yang berjuang bersungguh-sungguh dan kami berhak mencapai kejayaan.

“Tuan rumah juga tidak kurang hebatnya dan kami memandang tinggi lawan namun tiga mata milik kami,” jelasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT II, Ervin Boban pula mengakui kec3wa dengan kekalahan pasukan memandang mereka memiliki beberapa peluang menjaringkan gol.

“Tidak gembira dengan keputusan ini, perbezaan dengan lawan mereka memiliki dua peluang dan menjaringkannya tetapi tidak bagi pasukan yang gagal memanfaatkan sekurang-kurangnya lima peluang terhidang,” tegasnya.

Pada aksi tersebut, gol pada setiap babak yang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke -34 dan Anselmo Casagrande selang dua minit babak kedua memastikan tiga mata penuh buat Pulau Pinang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*