Penyokong rela Liverpool jual Salah untuk beli Mbappe

PENYOKONG Liverpool menyuarakan hasrat agar kelab itu membeli bintang muda PSG, Kylian Mbappe yang memberi bayangan mahu berhijrah.

Mbappe yang dianugerahkan Pemain Terbaik Ligue 1 musim ini berkata beliau sudah sedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar pada musim depan ketika berucap selepas menerima anugerah itu.

Mendengar situasi itu, penyokong The Reds mula mendesak agar kelab melakukan sesuatu untuk mendatangkan pemain muda itu ke Anfield.

Malah, ada sebahagian daripada penyokong dengan rela hati mahu kelab melepaskan Mohamed Salah demi mendatangkan penyer4ng muda Perancis itu.

“Jual Salah, beli Mbappe,” tulis @Lfcslicks_lfc di Twitter.

“Beri Salah dan tambah 100 juta untuk Mbappe. Tolong Liverpool,” kata seorang lagi penyokong.

Lebih drastik, ada juga yang rela trio ser4ngan Liverpool (Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino) dijual semata-mata untuk mendapatkan Mbappe dari PSG.

Bagaimanapun, proses pembelian itu dijangka tidak akan menjadi mudah memandangkan PSG sendiri telah melaburkan sejumlah wang besar (165 juta pound sterling) untuk mendapatkan Mbappe dari Monaco.

Malah Mbappe juga masih mempunyai kontrak sehingga 2023 bersama juara Liga Perancis itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*