Emery dalam dilema, Leno atau Cech?

LONDON – Unai Emery menghormati keputusan Petr Cech untuk bersara, namun sehingga kini bos Arsenal itu masih belum menetapkan penjaga gol mana yang akan menyertai kesebelasan utama untuk berdepan Chelsea dan saingan akhir Liga Europa.

Jika Cech diturunkan, maka ia merupakan perlawanan terakhirnya menent4ng bekas pasukannya, dengan beberapa laporan mengatakan dia akan kembali semula ke Stamford Brdige untuk menjadi pengarah sukan skuad Blues.

Pemain kebangsaan Republik Czech itu sering diturunkan dalam perlawanan kalah mati Arsenal, namun Emery perlu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan polisi tersebut atau menggunakan penjaga gol utama Bernd Leno di Baku.

“Apa yang penting bagi kami adalah memenangi gelaran.

“Setiap gelaran sangat penting bagi Arsenal, dan untuk Chelsea, kerana kedua-duanya dari England dan berlangsung di Eropah. Kami kami menikmati momen ini.

“Kesebelasan utama? Saya akan bercakap kepada pemain terlebih dahulu. Saya boleh bercakap tentang Cech banyak, dia merupakan pemain yang baik dalam kalangan kami, sangat profesional, dan pasti kariernya melalui fasa menakjubkan di samping kami.

“Mungkin ini adalah perlawanan terkahirnya kerana dia telah membuat keputusan untuk bersara. Saya ingin membuat sesuatu yang mustahak bersamanya dalam momen terakhirnya dalam karier, sama ada dia akan bermain atau sebaliknya.

“Saya menghormatinya. Dia merupakan pemain yang menakjubkan secara individu termasuk sebagai profesion penjaga gol,” ujar Emery

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*