Salah gembira diberi peluang kedua

MADRID: Penyer4ng Liverpool Mohamed Salah berharap dapat menebus kekecewaan final Liga Juara-Juara tahun lalu dengan kemenangan di Madrid hujung minggu ini.

Pemain Mesir itu keluar padang di Kiev dengan penuh kekecew4an selepas pertembungan dengan Sergio Ramos dari Real Madrid menyebabkan bahunya ceder4.

Ketiadaannya mengubah corak permainan Liverpool di mana peled4k 44 gol itu dianggap sebagai anc4man kepada juara bertahan berkenaan.

Walaupun tahun ini dia tidak setajam sebelumnya, hanya menjaringkan 26 gol, Salah masih memainkan peranan dalam perebutan Liga Perdana Inggeris dan kemaraan kedua berturut-turut ke final Liga Juara-Juara.

“Saya amat gembira dapat peluang beraksi sekali lagi di final,” kata Salah. “Saya harap dapat bermain penuh kali ini.

“Saya harap kami dapat memperbetulkan apa yang berlaku musim lalu, mendapatkan keputusan yang baik dan memenangi kejohanan ini.”

Tidak seperti 12 bulan lalu, skuad kendalian Jurgen Klopp kali ini tampil sebagai pasukan pilihan menent4ng pesaing Liga Perdana Inggeris, Tottenham, yang beraksi buat kali pertama di pentas final.

Salah percaya ia tidak akan membawa banyak perbezaan kerana pengalaman akan menjadi penentu.

“Saya tidak rasa banyak bezanya. Apa yang kami perlu lakukan ialah kekal fokus pada perlawanan yang hendak dimenangi.

“Siapa pilihan untuk menang dan siapa yang tidak, tidak akan mengubah apa yang perlu anda lakukan di atas padang. Ia memberikan anda semangat tetapi bukan faktor untuk menang,” katanya.

 

Sumber: BH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*