Kelantan kena bayar RM173,000 kepada tiga pemain dalam masa 30 hari

Sudahlah tersep1t dengan pelbagai hutang dan tunggakan gaji semasa, kantung pun sudah tiada duit manakala Presiden Bibi Ramjani Ilias Khan pula sudah awal-awal memberitahu tidak mahu lagi mengeluarkan duit untuk menanggung perbelanjaan persatuan.

Terbaru, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diarah pula oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia yang bermesyuarat pada 23 Mei lalu untuk membayar tuntutan tunggakan gaji kepada tiga bekas pemainnya berjumlah keseluruhan RM173,000.

Tiga pemain berkenaan adalah Daudsu Jamaludin (RM33,000), Norhafiz Zamani (RM87,500) dan Zairul Fitree (RM52,500) yang mana kesemua jumlah itu difahamkan untuk musim 2016 dan 2017 dan KAFA diarah menyelesaikannya dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun mengikut kes terdahulu membabitkan beberapa pemain lain dan juga keadaan kewangan semasa, ia dilihat sangatlah mustahil untuk Kelantan membayar jumlah tunggakan tersebut, malah ia hampir pasti tidak diendahkan.

Dalam situasi Kelantan sekarang, jika pemain-pemain mereka menerima gaji sekalipun sudah boleh dianggap sesuatu yang cukup luar biasa.

Dalam pada itu, mesyuarat yang sama mengarahkan Felda United membayar baki tunggakan signing fees berjumlah RM562,960 dan tunggakan elaun perumahan berjumlah RM3,000 dalam tempoh 30 hari ( kepada bekas jurulatih mereka, B.Sathianathan yang ketika ini membimbing Selangor.

Antara keputusan lain yang dicapai pada mesyuarat dipengerusikan Mohd Joehari Ayub, Pengerusi Jawatankuasa Status itu turut menyaksikan juara Piala FAM 2018 Terengganu City diarahkan membayar tunggakan gaji berjumlah keseluruhan RM411,900 kepada 21 bekas pemainnya.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur pula diarahkan membayar yuran agensi sebanyak RM270,000 kepada pegawai agensi, Vladir Souza Junior Adolfo manakala Persatuan Bolasepak Pulau Pinang pula diarah membayar tunggakan gaji kepada dua bekas pemainnya Darwira Sazan (RM20,000) dan Zulkhairi Zulkeply (RM18,000).

 

Foto : PFAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*