[VIDEO] TMJ sedia sahut cabaran lawan team Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

 

TMJ sedia lawan team Syed Saddiq

Baginda menyatakan kesediaan itu menerusi satu kicauan balas kepada pemilik akaun @vijhayvick yang membangkitkan persoalan bagaimana pertembungan pasukan TMJ bertemu dengan pasukan Syed Saddiq.

“Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan seperti ‘gladiator’ ini mesti berlangsung.

“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” katanya.

Menyokong sahutan itu, pengikut akaun Twitter baginda turut memuat naik video yang memaparkan kompilasi perlawanan bola sepak pasukannya dan ahli Parlimen Muar itu.

Video berkenaan tular apabila diulang kicau sebanyak 335 kali. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*