Real kalahkan Man Utd kelab paling bernilai

LONDON: Real Madrid mengambil alih ‘mahkota’ Manchester United sebagai kelab paling bernilai dunia menurut senarai tahunan yang diterbitkan majalah Forbes, semalam.

Gergasi Sepanyol, Real yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2018 untuk tahun ketiga berturut-turut bernilai $4.24 bilion (RM17.78 bilion), lonjakan sebanyak 9 peratus berbanding tahun lalu, kata Forbes.

Satu lagi kelab Sepanyol, Barcelona menghuni senarai kedua dan dinilaikan $4 bilion (RM16.78 bilion) manakala United, yang menduduki tangga teratas sejak dua tahun lalu ketiga dengan nilai $3.8 bilion (RM15.94 bilion).

Kelab Jerman, Bayern Munich keempat dengan $3 bilion (RM12.58 bilion) dan juara Inggeris, Manchester City melengkapkan kedudukan lima teratas dengan $2.69 bilion (RM11.28 bilion).

20 kelab bola sepak paling bernilai pada tahun ini secara purata bernilai $1.75 bilion (RM7.34 bilion), peningkatan 34 peratus berbanding tahun lalu dengan Forbes menjelaskan ia disumbang kepada peningkatan jumlah bayaran penaja kepada pasukan.

“Nilai pasukan bola sepak meningkat kerana syarikat berterusan meningkatkan jumlah yang dibayar kepada pasukan untuk hak jersi dan kelengkapan serta tajaan,” kata Pembantu Pengurus Editor Forbes, Michael Ozanian.

“Bola sepak adalah pasukan sukan paling popular di dunia dan pemain-pemain bola sepak menguasai papan iklan untuk jenama.”

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*