Berkat berpuasa, Mane, Salah julang trofi buat Livepool

LONDON – Sekalipun berpuasa di bulan Ramadhan, ia bukan penghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara selepas menumbangkan Tottenham Hotspur 2-0 di pentas akhir hari ini.

Saingan di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid itu menyaksikan Mohamed Salah menyumbang satu gol seawal minit kedua. Penyer4ng kebangsaan Mesir itu mencatatkan namanya di papan skor menerusi sepakan penalti.

Dua pemain sayap Liverpool, Salah dan Mane sehingga kini belum mengeluarkan kenyataan sama ada mereka berpuasa atau tidak sewaktu beraksi di pentas akhir tersebut.

Waktu berbuka puasa di Madrid semalam adalah ketika 39 minit selepas wisel sepak mula dibunyikan.

Biarpun kedua-dunya belum mengeluarkan kenyataan itu, tetapi apa yang pasti jurulatih Jurgen Klopp memberi kebebasan kepada pemainnya untuk berpuasa mahupun tidak.

“Tiada masalah jika ada di antara pemain saya mahu berpuasa. Saya hormati agamanya, mereka sentiasa memberikan yang terbaik dan terindah sama ada mereka berpuasa atau tidak.

“Ada hari di mana Sadio Mane dan Mohamed Salah memasuki bilik persalinan kerana ingin menunaikan solat. Dalam hidup ini, ada banyak lagi perkara penting berbanding bola sepak,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan akhir tersebut di Madrid, kelmarin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*