Klopp hubungi Guardiola selepas tamat perlawanan

LONDON – Jurgen Klopp mendedahkan dia ada menghubungi bos Manchester City, Pep Guardiola selepas menjulang Liga Juara-Juara dengan menumpaskan 2-0 Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir di Madrid hari ini.

Salah menjaringkan gol antara terpantas dalam sejarah Liga Juara-juara menerusi sepakan penalti pada minit pertama perlawanan selepas bola terkena tangan Moussa Sissoko.

Penyer4ng Belgium, Origi, yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Barcelona di peringkat separuh akhir, melengkapkan kecemerlangan Liverpool menerusi sepakan lerek.

Kemenangan tersebut mengesahkan kejayaan Liverpool pada penghujung musim selepas kecewa terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris apabila ketinggalan hanya satu mata daripada juara, City yang mengumpul 98 mata.

“Beberapa saat yang lalu, saya ada bercakap dengan Pep Guardiola menerusi telefon. Ketua fisio (Lee Nobes) kami yang lalu bekerja di Manchester City pada awal tahun ini, namun dia mahu memenangi Liga Juara-Juara…tidak, itu hanyalah gurauan.

“Kami sebenarnya berjanji akan bersaing sekali lagi musim depan. Kami akan memberikan segalanya dan lihat apa yang akan terjadi.

“Dapat mengumpul 97 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan menang Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang sukar dipercayai dan satu perjalanan yang jauh. Kami akhirnya berjaya melakukannya. Menakjubkan.

“Sekarang kami telah menang sesuatu. Kami akan membawanya bersama untuk menang lebih banyak lagi trofi. Harap yang tinggi. Saya sangat gembira,” kata Klopp.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*