Real Madrid dedah tak beli Pogba, Eriksen

REAL Madrid tidak akan membeli Paul Pogba atau Christian Eriksen pada musim panas ini melainkan mereka boleh menjana kira-kira £135 juta dalam pasaran perpindahan.

Kelab bola sepak Sepanyol itu akan memperkenalkan Eden Hazard pada minggu ini.

Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan Luka Jovic kepada para penyokong.

Mendapatkan Pogba dan Eriksen bukan pilihan di dalam apa jua keadaan, tetapi lembaga pengurusan dan jurulatih bersetuju bahawa kemasukan pemain-pemain tengah amat diperlukan.

Pengurus pasukan, Zinedine Zidane menjadikan Pogba sebagai pilihan nombor satunya.

Sementara itu, presiden kelab, Florentino Perez memilih Eriksen. – Daily Mail UK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*