Shahrel Fikri perlu lebih kerap bermain bersama Perak sebagai No.9

Kejayaan Shahrel Fikri merekodkan empat jaringan dalam dua perlawanan ketika menentang Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mendapat perhatian ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Beliau menyifatkan penyer4ng yang pernah menyarung jersi Nakhon Ratchasima itu mempunyai komitmen yang tinggi tidak kira semasa latihan atau perlawanan serta keinginan tinggi untuk mempamerkan aksi terbaik di atas padang.

Bagaimanapun, Cheng Hoe melihat beberapa aspek perlu ditingkatkan lagi oleh penyer4ng berusia 24 tahun itu di samping mengharapkan Shahrel Fikri yang juga mesra dikenali sebagai Eki mampu bermain dengan lebih kerap di posisi penyer4ng No.9 bersama pasukannya, Perak dalam saingan domestik.

“Beliau sentiasa memberikan yang terbaik…komitmen yang diberikan sangat tinggi dan juga sentiasa berusaha untuk memahami taktikal permainan. Tetapi beliau kena perkemaskan lagi permainannya terutama di depan pintu gol. Kita harap, dalam liga, beliau akan bermain lebih kerap sebagai pemain nombor 9,” kata Tan Cheng Hoe dalam Bernama.

Namun, perkara tersebut dilihat sukar buat Shahrel Fikri kerana Perak baru sahaja membawa masuk seorang penyer4ng kelahiran Brazil, Ronaldo Henrique Silva yang sememangnya merupakan seorang penyer4ng No.9 pada jendela perpindahan mei lalu.

Sejak kemasukan Ronaldo, ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic hanya menurunkan Shahrel Fikri di posisi sayap, tengah dan juga penyer4ng kedua. Tambahan pula, Ronaldo turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan termasuk meled4k beberapa gol sejak menyertai pasukan The Bos Gaurus.

Bagi Shahrel Fikri, beliau gembira dapat menjaringkan empat gol termasuk hatrik ketika menent4ng Timor Leste dalam perlawanan kedua, selasa lalu dan membantu skuad kebangsaan mara ke pusingan kedua dengan bergaya. Namun, beliau berazam untuk terus meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.

“Walaupun gembira tetapi saya tidak mahu berbangga sangat dengan pencapaian ini kerana kita hanya cuma berdepan pasukan yang dikatakan tidak begitu besar. Bagi saya prestasi saya masih perlu ditingkatkan.

“Saya tidak boleh berasa selesa sangat dengan kedudukan sekarang kerana setiap pemain sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumya. Saya akan terus berusaha lebih keras untuk masa depan,” kata Shahrel Fikri.

Foto: Perak TBG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*