Liverpool tak perlukan Coutinho – Mellor

LONDON: Liverpool tidak perlu menimbang untuk membawa masuk semula Philippe Coutinho ke Anfield kerana dia ‘tidak dirindui’ sejak berpindah ke Barcelona.

Pandangan itu disuarakan bekas pemain Reds, Neil Mellor dengan Coutinho meninggalkan Anfield pada Januari 2018 selepas menerima tawaran lumayan di Nou Camp.

Begitupun, impian perancang Brazil itu berubah menjadi mimpi ngeri di Catalunya dengan pemain berusia 27 tahun itu bergelvt untuk membuktikan nilai tinggi dilaburkan Barca ketika mendapatkannya.

Liverpool sebaliknya menjadi pemenang Liga Juara-Juara, mencabar kejuaraan Liga Perdana dengan pengurus Jurgen Klopp sudah menemui jalan untuk menampung ketiadaannya.

“Saya fikir Coutinho adalah pemain yang hebat untuk Liverpool dan saya benar-benar seronok melihat dia bermain,” kata Mellor. “Dia mempunyai pengaruh yang kreatif untuk mencipta sesuatu dan sudah tentu, saya kecew4 apabila dia keluar.

“Pergi ke Barcelona atas apa juga sebab, dia tidak menunjukkan kualiti yang sama di Barcelona seperti dia lakukan di Liverpool. Salah satu daripada pujian terhadap skuad Liverpool dan Klopp ketika ini adalah mereka tidak merindui Coutinho.

“Mereka berubah menjadi  pasukan yang bersaing merebut kedudukan empat terbaik kepada pasukan yang bersaing menjulang kejuaraan tanpa Coutinho dan memenangi Liga Juara-Juara. Dia pemain yang hebat untuk Liverpool dan seronok menonton persembahannya tetapi dia tidak dirindui.”

Sejak menjulang gelaran keenam Eropah, beberapa pemain dijangka akan dibawa masuk oleh Klopp ke Anfield dengan Coutinho turut menjadi salah seorang pemain yang turut dikaitkan.

Dia meled4k dua gol untuk skuad kebangsaan Brazil pada aksi pembukaan Copa America 2019 ketika tuan rumah itu menewaskan Bolivia 3-0, semalam.

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*