Herve Poncharal mohon maaf kepada Hafizh Syahrin

Pengurus pasukan KTM Tech3, Herve Poncharral tidak mengambil masa yang lama untuk memohon maaf kepada pelumba pasukannya, Hafizh Syahrin Abdullah selepas pelumba tersebut gagal untuk menamatkan perlumbaan pada Ahad di Grand Prix Catalunya.

Dalam perlumbaan tersebut, Hafizh terpaksa menarik diri lebih awal selepas jentera KTM RC16 miliknya berhenti secara tiba-tiba selepas beberapa pusingan.  

“Saya ingin memohon maaf kepada Hafizh yang melalui hujung minggu yang sangat baik secara keseluruhannya di sini.

“Ini adalah merupakan litar kegemaran beliau dan pada suatu ketika berada di hadapan Miguel (Oliveira) dan menghampiri Tito Rabat. Segalanya berjalan dengan begitu lancar sebelum enjin jenteranya berhenti dengan tiba-tiba.

“Kami akan melakukan penyiasatan tentang apa yang berlaku, tetapi jelas ianya adalah masalah teknikal yang menyebabkan Hafizh tidak dapat meneruskan perlumbaan kali ini.

“Ianya sangat bagus untuk melihat kedua-dua pelumba kami menamatkan perlumbaan dengan mengutip mata tetapi secara teknikalnya, ianya tidak berlaku kali ini.

“Kami cuma ingin memohon maaf kepada Hafizh! Maafkan kami!

Dalam kenyataannya, Herve turut memuji prestasi semasa pelumba berusia 25 tahun itu yang semakin serasi dengan jentera barunya.

“Kami masih mempunyai baki perlumbaan yang banyak dan harapannya adalah kami akan mendapat perasaan yang sama di Assen dan melihat kedua-dua pelumba kami bertarung sekali lagi untuk mendapatkan mata. -Herve Poncharal

Dalam perkembangan sama, Hafizh yang sehingga kini baru sahaja mengutip dua mata dalam kejohanan dunia turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas perlumbaan semalam.

“Saya berasa sangat kecewa kerana enjin saya berhenti secara tiba-tiba selepas beberapa pusingan.

“Saya mempunyai rentak yang sangat baik dan agak sukar untuk saya menyatakan perasaan saya selepas merasa begitu yakin untuk mendapatkan mata dari perlumbaan ini. Malah saya juga mampu untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok sepuluh terbaik selepas beberapa insiden yang menimpa pelumba lain dalam perlumbaan kali ini.

“Ianya sangat sukar untuk diterima tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan. Saya mencuba untuk menghidupkan kembali jentera tetapi tidak berjaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*