Kami tak lesu walaupun tanpa Neymar – Alves

RIO DE JANEIRO: Pertahanan senior, Dani Alves percaya Brazil bukan pasukan yang lemah tanpa kelibat Neymar ketika Selecao memburu gelaran Copa America di gelanggang sendiri.

Penyera4ng bintang, Neymar terpaksa diketepikan daripada kejohanan susulan keceder4an buku lali yang menjadi tamp4ran buat tuan rumah tetapi Brazil berjaya meraih permulaan sempurna dengan merakam kemenangan 3-0 ke atas Bolivia pada aksi pembukaan, Sabtu lalu.

Sambil memuji kualiti pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu, Alves yang memakai lilitan kapten begitupun percaya Brazil tidak lemah tanpa pemain berusia 27 tahun itu.

“Saya percaya setiap kali kami menyertai pasukan kebangsaan, memakai jersi ini, kami perlu membuktikannya, tidak kira Neymar ada di sini atau tidak, kami perlu membuktikannya kerana kami mewakili pasukan yang bersejarah, amat dihormati seluruh dunia,” kata Alves.

“Tetapi apabila kamu mempunyai kelebihan, seperti Neymar, kamu akan menjadi lebih kuat. Tetapi kamu tidak menjadi lesu tanpanya, kamu hanya meningkatkan kualiti kami, melonjakkan kuasa tetapi tidak longlai tanpanya.

 

Gambar fail, penyer4ng Brazil, Neymar kelihatan bertongkat meninggalkan pejabat polis di Sao Paulo, Brazil, Khamis lalu . – Foto REUTERS

“Tanggungjawab kami tetap sama, kami mewakili sejarah dan kami perlu mempertahankan sejarah ini dengan setinggi-tinggi rasa hormat.”

Sebagai rekod, hanya Cafu (142) dan Roberto Carlos (125) mempunyai lebih penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil selain Alves (110) dan sekali pun kontraknya bersama PSG dijangka berakhir, dia tidak merancang untuk menggantung but dalam tempoh terdekat.

Alves berkata dia menyasarkan untuk bermain di Piala Dunia 2022 di Qatar tetapi dengan syarat terus menampilkan aksi terbaik.

“Ia (Piala Dunia 2022) sasaran saya, tetapi saya tidak boleh membenarkan diri saya terlalu memandang ke depan, kerana apabila kamu melakukannya kamu akan lupa kepada masa sekarang,” katanya.

Brazil dijadual menentang Venezuela di Salvador, awal pagi Rabu ini bagi aksi kedua Kumpulan A.

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*