Suarez gembira andai Neymar sertai Barcelona

SAO PAULO – Luis Suarez memberitahu bahawa Barcelona pasti akan membuka pintu buat Neymar andai penyer4ng itu mahu kembali menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Tambah Suarez, dia dan Neymar pernah digandingkan ketika di Barcelona malah percaya ia adalah musim terbaiknya ketika mereka beraksi bersama di Camp Nou.

“Saya mempunyai memori yang sangat istimewa ketika bergandingan di bahagian ser4ngan bersama Neymar.

“Bagi saya semua kelab mahu ada pemain seperti Neymar malah semua pemain juga ingin beraksi bersamanya,” kata Suarez.

Ketika ini Neymar, 27 tahun dikatakan bakal kembali menyertai La Liga berikutan kelabnya ketika ini Paris Saint-Germain (PSG) seakan tidak gembira dengan prestasi naik turun penyerang berkenaan. – AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*