Martinez gesa Lukaku tinggalkan Manchester United

LONDON: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menggesa penyer4ngnya Romelu Lukaku supaya meninggalkan Manchester United bagi melonjakkan semula kariernya.

Masa depan pemain berusia 26 tahun itu di Old Trafford menjadi perdebatan selepas mengharungi kempen mengecew4kan di Old Trafford musim lalu.

Bekas penyer4ng Chelsea, West Brom dan Everton itu tidak berada dalam senarai pilihan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer pada pertengahan kempen 2018-19 dan lebih mengutamakan penyer4ng England, Marcus Rashford.

Lukaku menamatkan kempen musim lalu dengan menyumbat 15 gol dalam 45 penampilan buat United dalam semua kejohanan selepas meled4k 27 gol pada musim pertamanya bersama Red Devils musim lalu.

Dia kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan dan turut memberi bayangan pada minggu lalu yang perpindahan keluar dari Old Trafford bukan mustahil.

“Jelas dia perlu meninggalkan Manchester United,” kata Martinez kepada akhbar Belgium, Het Laatste Nieuws. “Ia akan menjadi perkara yang baik untuk kedua-dua pihak. Penting untuk Lukaku sekarang mendapatkan kelab yang tepat.”

Martinez sebelum dilantik mengendalikan skuad kebangsaan Belgium pernah membimbing Lukaku, yang juga penjaring terbanyak negaranya di Everton di mana dia menjaringkan 87 gol dalam 166 penampilan di Goodison Park.

United dikatakan meletakkan harga setinggi £80 juta (RM419.29 juta) untuk Lukaku yang sudah meled4k tiga gol bersama Belgium dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2020 awal bulan ini.

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*