Atletico Madrid semakin hampir ikat bintang muda Portugal

LISBON – Atletico Madrid bersedia untuk menandatangani pemain remaja sensasi, Joao Felix dari Benfica dengan harga 120 juta euro (RM561 juta), menurut laporan di Portugal. 

Yuran perpindahan bakal menjadikan Felix sebagai pemain kelima termahal sepanjang zaman selepas Neymar, Kylian Mbappe, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.

Tiga akhbar Portugal – A Bola, Record dan O Jogo – mendakwa pemain berusia 19 tahun itu menerima tawaran kontrak selama lima tahun dari Atletico, dengan gaji tahunan sebanyak enam juta euro (RM28 juta).

Felix dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah termasuk Manchester City, Manchester United dan Juventus.

Memenangi persaingan bagi mendapatkan tandatangan pemain itu mampu meningkatkan keyakinan Atletico, yang kehilangan khidmat bintang mereka, Antoine Griezmann, musim panas ini selepas pemain antarabangsa Perancis itu berkata, dia mahu mencari cabaran baharu.

Klausa pelepasan Griezmann akan menurun kepada 120 juta euro pada 1 Julai ini dan dengan penjualan pemain tersebut bakal membantu Atletico mendapatkan dana yang mencukupi bagi membida Felix. Griezmann pula dijangka menyertai Barcelona.

Felix, seorang penyer4ng yang mampu beraksi sama ada di posisi sayap ataupun ser4ngan tengah, menikmati musim cemerlang di Benfica, selepas meled4k 20 gol dalam 43 perlawanan kompetitif dan membantu kelab memenangi gelaran Liga Portugal.

Dia turut melakukan penampilan sulung bersama Portugal, awal bulan ini, disenaraikan dalam kesebelasan utama disamping Cristiano Ronaldo sewaktu menang pada separuh akhir Piala Negara-Negara Eropah ke atas Switzerland.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*