Dickson Nwakaeme Dan Lazarus Kaimbi Sudah Mula Tunjukkan Keserasian

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh memuji prestasi anak buahnya selepas menewaskan PKNP FC dengan jaringan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Kemenangan itu sekaligus menjarakkan mata dengan pencabar terdekat, Kedah dan Selangor serta mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dengan 30 mata.

“Saya bersyukur kerana kami mengutip tiga mata selepas gagal dalam tiga perlawanan sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan pemain walaupun mereka gagal mencari tambahan gol pada babak kedua, tetapi kami berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan.

“Kita banyak mencipta peluang tetapi penjaga gol PKNP (Khairul Thaqif Shah Kamal Bashah) beraksi cemerlang bagi menafikan kemenangan lebih besar kami,” katanya dalam Berita Harian.

FOTO: Pahang FA

 

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu juga memuji gandingan Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi yang semakin menunjukkan keserasian selepas beraksi dalam dua perlawanan.

Jelas Dollah, beliau terpaksa mengeluarkan Kaimbi pada separuh masa kedua kerana pemain tersebut masih belum cergas sepenuhnya.

Lazarusi Kaimbi. FOTO: Pahang FA

 

“Keputusan mengeluarkan Kaimbi pada babak kedua perlawanan kerana dia (Kaimbi) tidak dapat meneruskan permainan atas faktor keletihan.

“Dia sendiri mengangkat tangan untuk dikeluarkan dan saya tidak boleh memaksa kerana Kaimbi sudah lama tidak beraksi dan tahap kecergasan dia juga tidak berada pada tahap terbaik,” katanya.

Bagaimanapun, Dollah percaya bekas pemain Bangkok Glass itu akan mempamerkan aksi yang lebih mantap pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Perak pada hari Sabtu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*