JDT catat kemenangan tipis ke atas 10 orang pemain Selangor

Pendahulu Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan pasukan Selangor di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bagi aksi ke-17 liga. Kedua-dua pasukan turun dengan misi tersendiri. JDT ingin meraih kemenangan demi menjarakkan lagi mata dengan pasukan di tangga kedua, Pahang. Manakala, Selangor pula turun dengan misi untuk meraih mata bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Seawal minit ke-10 lagi JDT telah berjaya mendahului menerusi Gonzalo Cabrera hasil rembatan dari luar kotak penalti dan diikuti oleh Leandro Velazquez dari dalam kotak penalti pada minit ke-12. Namun, Selangor berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-41 hasil sepakan percuma penuh bergaya oleh Khyril Muhymeen.

Babak kedua, Safawi Rasid berjaya memberikan gol ketiga buat JDT pada minit ke-60. Dan Selangor pula berjaya mendapatkan gol kedua mereka menerusi sepakan penalti oleh Sandro pada minit ke-90. Keputusan akhir, JDT 3-2 Selangor.

Berikut adalah lima perkara yang kami dapati daripada perlawanan ini:

#1 Harimau Selatan garang, dua minit dua gol

Bagaikan Sang Harimau yang lapar, seawal minit pertama lagi mereka melancarkan ser4ngan ke arah gawang yang dikawal oleh Khairulazhan. Seperti biasa, mereka bermain dengan intensiti yang tinggi dan corak permainan yang pants tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan. Minit ke-10, berpunca daripada gerakan Safawi dan Diogo, Cabrera yang mendapat bola daripada mereka dengan pantas melakukan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor. Berselang dua minit kemudian, Leandro Velazquez pula menambah duka Selangor dengan jaringan kedua. Kali ini, Cabrera pula yang menjadi arkitek serang4n, melorong bola kepada Leandro di dalam kotak penalti.

#2 Endrick dos Santos kembali

Setelah sekian lama diketepikan kerana kecedera4n, pemain tengah Endrick Dos Santos  kembali bermula sebagai kesebelasan utama pada malam ini. Dan persembahannya pada malam ini cukup baik mengambil kira statusnya yang baru sahaja pulih daripada kecedera4n. Endrick terlibat secara aktif merencanakan ser4ngan dan membantu ketika pasukannya ketika bertahan. Beliau juga rajin melakukan ‘pressing’ dan ‘interception’ terhadap pemain-pemain JDT. Sayang sekali, serangan solonya pada babak awal hanya sekadar mencium tiang.

#3 Pertahanan JDT mudah ditembusi

Ini satu perkara yang dapat kami perhatikan pada pasukan JDT pada malam ini. Daripada awal permainan lagi, Selangor berjaya mengatasi barisan pertahanan JDT seterusnya memperoleh peluang untuk melakukan percubaan. Percubaan yang hampir-hampir menjadi jaringan adalah percubaan oleh Endrick dos Santos. Selepas itu, Ifedayo pula beberapa kali berjaya meloloskan diri. Namun, mereka bernasib baik perangkap ofsaid mereka agak efektif. Babak kedua, perkara sama juga terjadi, dimana beberapa kali Selangor berjaya sampai ke kotak penalti JDT melalui serangan balas. Bagaimanapun, Selangor tidak ‘convert’ peluang-peluang tersebut dengan baik kepada jaringan gol.

#4 Selangor bermain dengan 10 orang

Minit ke-76, Selangor menerima t4mparan hebat apabila pemain tengah bertahan mereka, dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning pada babak pertama. Keadaan itu memaksa mereka bermain dengan 10 orang pemain. Ketika itu, skor adalah 3-1. Namun, mereka tidak berputus asa untuk terus mengejar untuk merapatkan jurang. Ini termasuk percaturan B. Satiananthan memasukkan Latiff Suhaimi untuk melindungi barisan pertahanan mereka agar tidak bolos lagi. Hujung permainan, Selangor dihadiahkan sepakan penalti, dan Sandro da Silva cemerlang menyudahkannya pada minit ke-90. Namun, Selangor terpaksa berpuas hati dengan skor 3-2 sahaja setelah pengadil meniup wisel penamat.

#5 JDT semakin gah di puncak, Selangor turun satu anak tangga

Dengan kemenangan ini, pasukan JDT semakin gah di puncak liga dengan 43 mata yang terkumpul daripada 17 perlawanan. Manakal, Pahang pula di tangga kedua dengan 30 mata. Perbezaan 13 mata di antara kedua-dua pasukan. Kekalahan bagi Selangor pula menjadikan mereka turun satu anak tangga dalam saingan Liga Super Malaysia. Ini kerana, dalam satu perlawanan yang lain, Melaka berjaya mengatasi Kuala Lumpur 1-0 di Cheras. Dan kemenangan Melaka ini membolehkan mereka memintas Selangor dan menduduki tangga ke-4. Gergasi Merah kini berada di kedudukan ke-5.

 

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*