Neymar setuju 3 syarat yang ditetapkan Barcelona

MADRID – Neymar dilaporkan sudah bersetuju dengan tiga syarat yang ditetapkan oleh Barcelona untuk membolehkannya kembali ke Camp Nou.

Penyer4ng Brazil itu menyertai Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan rekod dunia 199 juta pound (RM1.05 bilion), dua tahun lalu namun dia kini dalam perjalanan keluar dari Paris dan Ligue 1 selepas gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di Perancis.

Laporan akhbar di Sepanyol mengatakan, Neymar, 27, sedang berusaha untuk memastikan kepulangan semula ke Barcelona, kelab yang pernah dibantunya untuk menjulang Liga Juara-Juara 2015 menjadi kenyataan.

Situasi itu timbul selepas pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi memberi bayangan sedia melepaskan Neymar kerana tidak mahu menyimpan ‘diva’ dalam pasukannya.

Neymar kemudian memberitahu Nasser: “Saya tidak mahu lagi bermain untuk PSG. Saya mahu pulang ke rumah saya, dan saya tidak patut meninggalkannya”.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*