Hartis kembali bersama Man Utd

LONDON – Manchester United melantik jurulatih penjaga gol senior, Richard Hartis yang sebelum ini pernah berkhidmat di bawah Sir Alex Ferguson ekoran prestasi burvk David de Gea, musim lalu.

Bekas jurulatih akademi, Hartis pernah bekerjasama dengan Edwin van der Sar semasa musim cemerlang 2007-08 dan sering dikaitkan dengan Ole Gunnar Solskjaer semasa di Cardiff dan Molde.

Jurulatih berusia 51 tahun itu kembali ke Old Trafford selepas De Gea seperti hilang arah selepas gagal beraksi secara konsisten dan menjadi sasaran krit1kan.

Emilio Alvarez yang bertanggungjawab mengendalikan De Gea dilapor akan meninggalkan kelab itu tidak lama lagi, namun Hartis berkata, dia tidak sabar untuk menyertai Alvarez di United.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk bersama United. Kelab yang cukup saya kenal.

“Saya ada hubungan baik dengan Ole dan saya faham falsafah bola sepaknya dan peluang untuk bekerja dengannya adalah sangat menarik.

“David, Sergio (Romero), Lee (Grant) dan Dean (Henderson) adalah barisan penjaga gawang yang baik dan saya bersedia untuk bekerjasama dengan Emilio dan barisan kejurulatihan sedia ada untuk mencungkil lebih banyak bakat baharu,” kata Hartis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*