[VIDEO] Brazil menang besar, Firmino jaring gol ajaib

ROBERTO Firmino menjaringkan gol ajaib ketika Brazil menundukkan Peru 5-0 untuk mara ke pusingan kalah mat1 Copa America 2019 pada Sabtu.

Rakaman video menunjukkan tonggak utama Liverpool itu merembat masuk gol tanpa menoleh ke gawang lawan.

“Saya masih lagi ingat cara sama ketika saya menjaringkan gol untuk Hoffenheim.

“Saya cuba men1pu penjaga gol sebelum menggelecek bola dan merembat masuk ke gawang lawan. Idea itu datang secara spontan,” katanya.

Namun Firmino menyedari risik0 yang bakal terjadi ketika menjaringkan gol dengan cara begitu.

“Ia berbah4ya. Anda boleh terlepas gol itu. Namun apabila peluang datang, saya melakukannya,” katanya.

Brazil mengesahkan kemenangan apabila Roberto Firmino dan Everton menjaringkan gol sebelum rehat.

Dani Alves menjaringkan gol di awal babak kedua sekali gus memberi tekanan tambahan kepada Peru, dan selepas Willian menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan, Gabriel Jesus memperoleh penalti pada minit kecedera4n.

Penjaga gol Peru Pedro Gallese bagaimanapun menyelamatkan sepakan penalti Jesus. – Givemesport.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*