Menang pun salah, kalah lagilah salah, serba tak kena – B. Satiananthan

Sering dikritIk dan dikutvk, pengendali Selangor, B. Satiananthan mengambil keputusan untuk tidak mahu melayan lagi ‘mulut-mulut’ pengkrit1k terutamanya dalam kalangan penyokong Red Giants sendiri dan mahu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

Ini kerana, segala yang dilakukannya ‘serba tak kena’ di mata mereka termasuk ketika mendapat kemenangan apatah lagi jika mencatatkan kekalahan dalam mana-mana perlawanan.

Kata beliau, “katakan kalau hari ini (semalam) kita kalah, memang semua orang akan kutvk saya. Menang pun orang kutvk. Biarlah macam tu,”

Mengulas mengenai perlawanan pada malam tadi, beliau turut menyel4r sesetangah penyokong menganggap perlawanan itu adalah senang hanya kerana Pahang menurunkan 100% pemain simpanan mereka.

Padahal mereka juga tidak menyedari bahawa pasukan Selangor juga bermain dengan beberapa pemain simpanan kerana beberapa pemain kesebelasan utama tidak dapat diturunkan disebabkan oleh penggantungan dan kecedera4n.

“Ada segelintir peminat atau penyokong merasakan perlawanan ini senang kerana Pahang turunkan skuad simpanan mereka, tetapi mereka ini tidak sedar yang Selangor juga banyak menurunkan pemain simpanan, yang tidak pernah main,

“Saya hilang khidmat Taylor, Prabakaran, Halim Saari, Syazwan Zainon yang mana mereka ini selalu menjadi pilihan utama untuk bermula sebagai kesebelasan utama,

“Bagaimanapun, syabas saya ucapkan kepada pemain-pemain yang bermain pada malam ini (semalam), cumanya dua gol itu tidak sepatutnya kita bolos,” katanya dalam sidang media, semalam.

Sementara itu, B. Satiananthan suka mengingatkan kepada pengkrit1k-pengkr1tiknya bahawa pasukan Selangor tidak tewas kepada Pahang semasa aksi Liga Super di Kuantan, awal musim lalu. Malah, permainan itu hampir-hampir dimenangi oleh pasukan Red Giants walaupun ketika itu berhadapan dengan pasukan utama Pahang.

Perlawanan di Stadium Shah Alam pada malam tadi mungkin berbeza jika pengendali Pahang, Dollah Salleh menurunkan kesebelasan terbaiknya. Namun tidak bermakna, Selangor akan tewas jika berhadapan dengan pasukan tersebut.

“Mungkin jikalau Dollah Salleh menurunkan kesebelasan utama (semalam), persaingan akan lebih rancak tetapi tidak semestinya Selangor akan menanggung kekalahan.” ujarnya.

Beliau yang letih dengan kerenah penyokong-penyokong yang pada pandangannya seakan-akan tidak faham mengenai sukan bola sepak tidak mengulas mahu panjang lebar dalam sidang media tersebut dan bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi oleh anak buahnya, semalam.

“Untuk perlawanan hari ini, kita telah berikan yang persembahan yang baik dan mendapatkan tiga mata penuh, itu yang paling penting.” katanya.

Foto: Malaysian Football League

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*