Buffon dijangka kembali sertai Juventus

PARIS – Gianluigi Buffon dijangka kembali menyertai Juventus pada musim hadapan pada usia 41 tahun.

Legenda Itali itu meninggalkan gergasi Turin musim lalu bagi menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan kontrak dua tahun.

Dia membuat 24 penampilan bersama PSG musim lalu dan berganti-ganti dengan Alphonse Areola.

Tetapi pada Jun lalu, Buffon memutuskan untuk memendekkan kontraknya di kelab itu selepas dimaklumkan dia hanya akan diletakkan sebagai penjaga gawang simpanan pada musim hadapan.

Buffon juga sedang mempertimbangkan hasrat untuk berehat setahun dan berkemungkinan bersara.

“PSG beritahu saya lima bulan lalu yang saya hanya akan menjadi penjaga gol kedua musim hadapan.

“Saya masih ada masa untuk berfikir dan saya rasakan ia bukan untuk saya, jadi saya lepaskan kontrak besar serta menamatkan kontrak setahun awal,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*