Mourinho tidak berminat ke Newcastle

LONDON – Jose Mourinho menolak dakw4an dia akan menggantikan Rafael Benitez di Newcastle.

Bekas pengendali Chelsea dan Manchester United tidak bersama mana-mana kelab selepas dipecat pada Disember lalu dan kini dikaitkan sebagai penggantikan seteru lamanya, Benitez.

Newcastle dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pengendali Sepanyol itu akan meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Benitez.

“Kami sudah berusaha menyambung kontrak Rafa tetapi ia tidak dan tidak akan berjaya,” kata kenyataan itu.

Pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan, Lee Charnley sedang berusaha untuk mencari pengganti Benitez bagi memenangi hati peminat yang sedang m4rah.

“Apa yang saya tahu ialah saya tidak berminat. Saya main untuk menang.

“Jika saya tidak menang, ia adalah masalah saya dan pemain serta kelab selain struktur organisasi tetapi saya perlukan projek yang saya rasa yang boleh main dan menang.

“Jika ada yang tawarkan kontrak menarik selama 10 tahun sekali pun tetapi objektif mereka untuk berada dalam kelompok pertengahan dengan kedudukan ketujuh, kelapan atau kesembilan sudah memadai, itu bukan untuk saya.

“Saya mahu beraksi dan menang,” kata Mourinho.

Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Benitez termasuk Laurent Blanc, Claudio Ranieri dan Giovanni Van Bronckhorst. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*