Brad Maloney jurulatih B-19 negara?

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih memerlukan masa untuk memuktamadkan calon paling sesuai bagi mengendalikan pasukan Bawah 19 (B-19) tahun kerana ia berkait rapat dengan struktur kejurulatihan skuad negara.

Brad Maloney yang merupakan penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Bojan Hodak, namun, beberapa aspek masih dipertimbangkan badan induk itu sebelum membuat keputusan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengakui kelewatan pengumuman itu disebabkan oleh penyusunan semula barisan kejurulatihan negara khususnya skuad B-19 selepas ketiadaan Bojan yang tidak dilanjutkan kontraknya.

“Memang penyusunan struktur kejurulatihan FAM adalah salah satu perkara bila kita tak lanjutkan kontrak Hodak untuk memastikan penstrukturan semula dilakukan membabitkan keseluruhan pasukan.

“Sebab itu, ada kesan sampingan (pelantikan jurulatih B-19) kita terpaksa mengambil sedikit masa. Bila saya umumkan pelantikan jurulatih B-19 nanti, ia ada kaitan dengan pasukan lain,” katanya kepada pemberita selepas sidang media dua pemain Malaysia bawah 18 tahun selesai menyertai Program Asian Eleven di Jepun, hari ini.

Walaupun tidak mengesahkan kedudukan Maloney, namun Stuart seolah-olah tidak menolak pelantikan bekas pemain kebangsaan Australia itu. FAM sebelum ini telah mengumumkan kontrak Bojan selaku ketua jurulatih skuad B-19 tidak akan disambung apabila ia berakhir pada penghujung Julai nanti.

Sepanjang dua tahun bersama skuad muda negara, kejayaan paling besar Bojan adalah membawa skuad B-19 mencipta sejarah muncul juara pada Kejuaraan AFF B-19 buat pertama kali di Indonesia, pada tahun lalu.

Sekiranya, Maloney sah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19, dia bakal berdepan dua cabaran besar iaitu perlu menyediakan pasukan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-19 di Vietnam, Ogos ini dan kelayakan Piala AFC B-19 2020, November nanti. Selain itu, dia juga perlu membantu Datuk Ong Kim Swee menyediakan pasukan bagi menghadapi Sukan SEA Manila.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan sidang akhbar pengumuman mengenai jurulatih baharu skuad B-19 tahun hanya akan dilakukan, esok, atau selewat-lewatnya Jumaat ini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*