Salah bawa Mesir mara ke peringkat 16 terbaik

KAHERAH: Mohamed Salah meled4k gol pertamanya di Piala Negara-Negara Afrika ketika tuan rumah mengesahkan tiket ke peringkat 16 terbaik dengan kemenangan 2-0 terhadap Republik Demokratik (DR) Congo, awal pagi tadi.

Ahmed Elmohamady meletakkan Mesir di depan pada minit ke-25 berpunca daripada hantaran menarik Salah dan penyer4ng bintang Liverpool itu menyumbat gol kedua sejurus sebelum rehat bagi mencetuskan suasana pesta di Stadium Antarabangsa Kaherah.

Juara tujuh kali, Mesir turut dibantu dengan tuah apabila dua cubaan DR Congo menggegar palang pada babak pertama untuk pendahulu Kumpulan A itu menyertai Nigeria yang menjadi pasukan pertama mara ke peringkat kalah mat1.

Mesir turut mengatasi ‘gangguan’ susulan penyingkiran pemainnya, Amr Warda daripada skuad kebangsaan sehari sebelum perlawanan berikutan pertuduhan gangguan seksval.

Warda disisihkan selepas beberapa wanita tampil menunjukkan bukti menerusi tangkapan skrin dan testimoni mengenai komen daripada pemain tengah berkenaan di beberapa platform media sosial.

“Saya fikir pasukan kuat dan skuad ini juga kuat tetapi

Penyerang DR Congo, Yannick Bolasie (kanan) merembat ke arah gawang Mesir pada perlawanan Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi tadi. – Foto AFP

kami tidak gembira apabila kehilangan ahli keluarga kami,” kata jurulatih Mesir,  Javier Aguirre.

“Pasukan lebih fokus terhadap perlawanan dan mengharungi 90 minit perlawanan dengan amat serius. Saya tidak fikir pasukan Mesir akan terganggu dengan ketiadaan sesiapapun.”

Pada perlawanan berkenaan, Aguirre dari Mexico menyenaraikan skuad yang sama ketika mereka menewaskan Zimbabwe 1-0 dengan pertahanan tengah, Ahmed Hegazy terpaksa memakai pelindung muka selepas hidungnya pat4h pada perlawanan pembukaan.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*