Kylian Mbappe buat Reds tak keruan lagi

LONDON – Kylian Mbappe membuatkan penyokong Liverpool tidak keruan lagi apabila bergambar bersama penyer4ng mereka, Daniel Sturridge.

Pada ketika khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke Anfield masih bertiup kencang, Sturridge berkongsi gambar bersama bintang tengah Perancis itu dalam Instagram, semalam.

Sturridge memuat naik gambar tersebut bersama kapsyen: “Serius Mbappe. Ibunya beritahu saya dia pernah meniru gaya saya ketika meraikan gol (tarian ular).

“Dia menunjukkannya kepada saya, jadi saya juga mahu melakukan gayanya”.

Sejak beberapa minggu lalu, Mbappe, 20, dilaporkan akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai pasukan yang belum diputuskan.

Juara La Liga, Barcelona telah menyuarakan minat untuk mendapatkan Mbappe, namun Reds tiba-tiba turut berada dalam ‘radar’ selepas pemain itu beberapa kali menyuarakan rasa kagum terhadap Liverpool dan jurulatih mereka, Jurgen Klopp.

Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara, dua minggu lalu selepas mengalahkan Tottenham 2-0 dalam perlawanan akhir.

Malah, mereka turut menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris selaku naib juara di belakang Manchester City.

Selepas Barcelona, Mbappe yang merupakan tonggak Perancis ketika menjuarai Piala Dunia tahun lalu turut dikatakan menarik perhatian Real Madrid.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via utusanonline

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*