Rundingan untuk dapatkan Neymar sukar

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona sudah memulakan rundingan pertama bagi membawa pulang semula Neymar ke Sepanyol.

Bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan perbincangan mengenainya tidak berjalan seperti diharapkan.

Neymar sememangnya berhasrat untuk pulang ke Camp Nou dan dia sudah menyuarakan hasrat untuk ‘pulang ke ruman’ kepada pemilik PSG.

Perkara itu membuatkan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi enggan bertolak ansur dengan sikap bintang itu dengan menyatakan sikap seperti itu tidak sesuai di Parc des Princes.

“Mereka di sini bukan untuk bergembira. Sekiranya mereka tidak sukar, pintu terbuka – Ciao! Saya tidak mahu sikap diva seperti ini,” katanya kepada France Football.

Lantaran itu, Barcelona memulakan langkah untuk membawa semula bintang Brazil itu ke Catalunya dengan pemain itu bersedia untuk menerima gaji yang lebih rendah.

Rundingan kedua-dua kelab tidak berjalan dengan baik dan PSG mahukan bayaran 200 juta pound (RM1.05 bilion) tetapi Barcelona tidak mampu memenuhi permintaan itu tanpa menjual sebarang pemain dan berhasrat untuk mendapatkannya pada harga lebih murah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*